Wednesday, August 27, 2008

pensil branded

budak jajie yg sungguh comot!!! abaikan background yg
sungguh semak tu yer...

di satu mlm dlm bilik, aku tengah menerap sambil menulis... si jajie dtg terus amek je pen aku... geram nihhh!!!

aku : jajie, kan mama tgh tulis ni, kalau jajie amek pen mama, mama nak pakai pen apa ?
jajie : pensil! (muka innocent giler!)

sabau je kan, buleh lak buat lawak cam abah dia... teringat aku perbualan ni dulu...

aku : bang, sluar yg pakbusu beli kat UK tu brand apa ?
ptam : branded !!! (jwb ngan muka tak bersalah!!!)

adoiiiyyyaiiii, tp aku ok jer, buat la lawak apek ke, lawak nabil ke, aku ttp gelak cam owang giler... muahahahahhahahahahahha

sekian
masamnya muka jajie... heheheh, mesti tgh teran berak ni!!!

kesinambungan

salams alls,

smlm aku terima sms ini ...

dia : br aku faham mmg dia n sedara mara dah plan nak tinggalkan aku ms kat penang dlm 4 - 5mths ago. sib baik **** x dibawa ke png cuti sekolah bulan 5 aritu. patutla beriye2 nak bwk, kalu tak, mesti aku dah tak jumpe **** lagi.


dia : baik punye plan girl, bila aku nmpk surat cerai dia dah amek awai2 dr sepatutnya, br aku nmpak satu2 apa yg terjadi. peritnya girl bila igt balik muka masing2, manissss jehhh!


dia : apa dia org x pk psal law ke ? kawen main masak2? nape nak cari susah? insya allah aku proceed 3 kes. RM6.5k rupa2nya bole baya sket2 instlment. mudah2an urusan lancar. sibbaik segala payslip dia tinggalkan. lagipun aku wat filing tau kt mana semua doc. aku perlu buktikan wang dia kukuh untuk nafkah anak2 dan lain2 tuntutan.


hmmm. aku terima sms ini dr kawan aku dr kes 1 pd posting aku-wanita. aku berbalas2 sms ngan dia smlm dan aku cuma mintak dia kuat dan fight nafkah utk anak2, jgn biar bekas laki lepas tanggungjwb, nnt bila dah sedap, mmg la terus lps tangan!!! tak dpt aku bygkan sekiranya laki dia dpt bwk lari **** (doter berumur 8tahun)... yelah, **** mmg la sng nak bela dah besar kan, nak bwk lari d*rW*** tunggu la budak tu dah pandai urus diri, skang ni d*rW*** baru berumur setahun lebih, karang menyusahkan dia plaks...
aku harap, sahabatku ini semakin tabah dan kena la xtra careful lps nih .. skang ni dia dok sorang kt rumah ngan ank2 dia, takut bekas laki buat benda2 tak elok plak, nauzubillah!!! aku doakan dia dan anak2 dilindungi ALLAH SWT selalu, ameen...

Tuesday, August 26, 2008

happy 8th anniversarry!

salams all,
pada tarikh ini 8 tahun yg lepas iaitu pd 27/08/2000, pada jam ini, 11.59 am, aku berada di rumah dan sedang disiapkan oleh Mak Andam dan sedang menunggu kedatangan ptam... wah wah wah!!! berbaju songket turquoise.... heheheeh... dlm pukul 11.00 pg gitu aku selamat dinikahkan... janji ngan tok kadi kat masjid besar shah alam, ptt nya dlm pukul 10.00 am, tp ada satu pasangan pengantin lagik tgh nikah masa tu oleh tok kadi yg sama, so aku dok la menunggu kat corridor semejid.. pasangan pengantin tu btul2 ddk row belakang rumah aku dan ada gak beberapa jemputan kat rumah aku yg dah kenyang makan kat rumah pengantin tu baru la sampai rumah aku sbb salah rumah!!! dowang dah kenyang2 makan kat rumah pengantin tu tup2 bila tgk muka pengantin baru la perasan pengantin tu bkn aku!!! sungguh la lawak! tp aku agak kan, mesti ada sedara mara pengantin belakang rumah tu dah kyg gak kat rumah aku dan br perasan dowang salah rumah... AGAKnya... ahaks!!!!
utk anniversarry kali ni, aku tak sambut apa2 pon, sbb aku keje dan ptam kat AG menyiapkan kerja2 kontrak dia, pepagi dia call tadik dlm 8.30am, dia kata ada kat masjid, aku kata abg buat apa kat masjid pepagi ni? dia kata dia tgh supervise budak2 dia dok bersihkan masjid...terkujat gak aku kan... ntah apa keje dia kan pepagi kat semejid...ahaksss!
aku cuma anta sms kat dia pg tadik 'happy 8th anniversary abang... semoga jodoh dan perkahwinan ini dipanjangkan sehingga ke akhir hayat, sesungguhnya isterimu ini amat menyayangi dirimu, suamiku! dan ketahuilah ayang akan tetap bersama ngan abg dikala susah atau senang, insya allah' ameen....

Wednesday, August 20, 2008

aug 21

allooo...

ari ni aug 21... setiap tahun pd tarikh ini terigt arwah abah.. sbb tarikh ni besday dia... abah meninggal pd tahun 1995.. tak sempat pon dia nak merasa duit gaji aku, dia dah pegi dulu... hmm... mmg aku tak puas bermanja ngn abah, sbbnya dia bkn jenis memanjakan anak2..even nak tego anak pon, dia letakkan tnggungjawb tu pd mak.. kalau dlu aku berseluar pendek pon abah takkan tego, mcmana sekalipon pemakaian ank2 pompuan dia, dia tak penah tego... tp jgn kakmah, pergghhhh, bernanah telinga kalau dgr kakmah melengking!!! aku rasa sikap dia tu sbb dia tau mak aku dah ckup garang, so dia takyah nak membaran tak tentu pasal!
setau aku, sepjg abah bekerja duit gaji abah tak penah abah pgg sendrik.. semua dia ksik pd mak, untuk mak uruskan semuanya... mak yg akan bahagi2kan duit utk memastikan semua teratur... dr bills, blanja dapo, jugak pembelanjaan anak2 skolah.. abah akan mintak duit RM10.00 gitu utk blanja myk moto + makan masa kat opis.. baikkan abah aku?
itulah abah aku, kdg2 baju sendri tak berganti sbb nak puaskan ati anak2.. kdg2 mak aku yg belikan dia tshirt, kain pelikat, seluar... harap abah beli sendri mmg takdanye... baju yg sama diulang2 pakai, sampai berkerak la leher baju! bila mak aku bebelkan, dia kata baju camtu la sedap dipakai.. hmmm... abah masa hayatnya dikenali sebagai sahak mamak.. heheh, mmg mamak pon! besar tegap itam dan berambut kerinting!
dlu aku slalu kena ikut abah gi pasar.. naik moto dan aku slalu tertido atas moto... heheheh.... aku ikut abah gi pasar sbb kena bwk brg2.. see ? mak aku tak gi pasar tau, tp abah aku yg rajin gi pasar dan abah aku tau je ape nak beli, sbb dia akan beli apa yg dia teragak nak soh mak aku masak... mak kena jaga adek2 kat romah.. so, bila tanye aku apa jenis sayur ke, ikan ke, rasanya aku terel la, tp korang jgn tanye missb, dia pandai makannnnn jer, sbb apa? sbb dia anak bongsu! cheessssss...
seigt aku kereta pertama family aku adalah van mazda bongo BDD1234.. tahun 1989 kot.. ntah tak brapa igt tahun nya... van tu la yg bwk aku adik bradik balik taiping jengok atuk ngan wan, van tu jugak yg bwk kitorang gi tgk angah kat sintok, ke kuala perlis utk ke langkawi, gi mandi manda kat sg congkak/ gabai, gi genting highlands... masa tu br la aku rasa percutian sekeluarga yg betul2 best! kalau tak camne nk berjalan kalau ada satu moto ngan 6 org adek bradek?! sbb tu aku rasa bila abah pergi semasa aku belum lagik dpt memberi hasil gaji aku, aku sedey sgt ! tp, apa2 pon, syukurlah.. doa anak2 tu lebih pentingkan?!!! insya allah, akan tetap aku igt utk mendoakan dan sedekah fatihah pd arwah abah...
abah meninggal pda 12/01/1995... abah mmg sakit bertahun2 sebelum meninggal, abah ada kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung! abah mmg suka makan... kalau makan nasik lapik daun pisang ngan kari ikan tu, wahhhh! faveret die la tu, kalau mak pnye masak lemak, dihirup kuah sampai licin... pendek kata, apa2 jelah yg dihidang dpn mata, perkataan sedap tak penah lekang dr mulut abah... (tetiba aku rasa aku terlalu rindu pd abah! mmg aku tak puas bermanja2 ngan abah!!!)
udeh! aku sudah terasa sedey nye... better aku stop kat sini jer... nnt2 aku sambung ek.... DAAAA

Tuesday, August 19, 2008

A.K.U W.A.N.I.T.A

Salams alls,
ada diantara kawan2 aku masih bergelar anak dara dan most of kawan2 aku bergelar isteri dan ada juga diantara kawan2 aku bergelar JANDA skrang... di umur yg masih muda, gelaran JANDA bagi mereka adalah satu yg memeritkan... terpaksa menanggung anak2 yg masih kecil... bekas suami lepas tangan dan ada yg terus menghilangkan diri... KEJAM dan KEJI sungguh!!!
Kes 1
best friend aku sejak aku berumur 9 tahun... aku syg dia, terlalu syg sebagai seorng kawan... kami membesar bersama2, sbb tu bila mndpt tau yg dia ditinggalkan lalu diceraikan, aku menangis dengan dia dlm tpon...dia cuma email aku sbb dia tiada kekuatan untuk berbicara dlm tpon... bila abes bc email tu, terus aku called, dan ayt pertama yg kuau dr mulut dia 'knp ko call aku girl, jgn call, sbb aku tak boleh bercerita, nnt aku menangis...' aku katakan 'takper, aku sentiasa ada disini utk mendgr, kalau nak nangis, aku sentiasa ada untuk menangis bersama2...' then bercerita la dia bahawa sisuami telah berminggu tak balik, telah punya perempuan yg lebih disayangi dan sisuami tadi berterus terang mengatakan dia tidak lagik menyayangi kawan aku nih... KEJAM!!! ayat yg paling tak bleh blah dr lelaki itu 'buat apa i blik kalau jasad i cuma disini tapi hati i ditempat lain?!' sungguh KEJI!!! aku terlalu kenal lelaki itu, sbb itu aku tak boleh terima dia buat kawan aku camtu... anak2 yang menjd mangsa sehingga anak sulung pernah mengunci diri didlm keta bersama adik yg berumur 1 tahun... kejat2 si adek menangis tp si kakak buat tak peduli, sbb daddy lupa tarikh lahir dan tak call utk wish dia... merintih ati aku mendgr si emak bercerita ttg anak2 dia pd aku!!! pd aku bekas suami dia ZALIM!!! dah la tak jenguk anak, tarikh bday anak pon telah dilupakan!!! sampai ati!!! apa lagik perkataan yg nak aku hamburkan buat lelaki spt itu ?!!! ntah la...
dan kawan aku bercerita minggu lps dia telah berjmpa dengan perempuan yg digila2kan oleh bekas suami dia ni dan perempuan tu dengan tak malunya ckp yg dia bkn la punca penceraian kawan aku ni... SIYAL la... perempuan ni dtg ngan bekas suami kawan aku tau, dtg ke rumah semata2 nak ambil barang2 peninggalan bekas suami kawan aku ni... boleh pulak kan, nak ambil harta2 dia kat rumah kawan aku ni... geram gila aku dgr!!! my dearest friend, aku tau ko kuat, dan aku tetap harap ko tabah hadapi dugaan ALLAH ini... sesungguhnya ALLAH menduga ko, kerana DIA akan memberi yg lebih baik dlm kehidupan ko nnt... insya allah..
Kes 2
kawan aku ni masih bergelar isteri tp malangnya dia telah beberapa kali kluar masuk hospital sakit jiwa... kerana apa ? kerana laki dia telah beberapa kali menanamkan perkataan 'ko gila!!' dlm kepala kawan aku ni... kesian kan?.... aku pernah melawat dia di UH dan aku penah melawat dia di klinik psikiatri di klang... dua2 kali lawatan ini aku bwk jajie sbb dia call aku 'girl, tolg bwk anak ko, aku terlalu rindukan anak2 aku.... ' kawan aku ni nmpak cam sehat, tp bila ko stat berckp ngan dia, timbulla bunga2 ayat dia yg menampakkan yg dia 'sakit'...
pernah laki dia kuncikan dia dlm toilet dan bila kawan aku menjerit2 minta dibukakan pintu, laki dia kata 'aku takkan bukk pintu, sbb ko gila!!! dan yg sadis nya, dia tak kasik langsung anak2 berckp ngan mama ni, sbb mama ni perempuan gila...so, bila kawan aku dpt kuau dr toilet atas pertolongan jiran yg dtg, kawan aku ni berjln dr rumah dia kat putra heights sampai kat rumah mak dia di seksyen 24 shalam pukul 5.00 am!!! percaya tak ? masa tu dia tak pk apa2 dah, dia berjalan dlm gelap, bila aku tanye dia kate, dia tak teringat apa2 pon, sbb dia pk nak lari je dr laki dia!!!
sebenarnya kawan aku ni masa anak dara dulu, perggghhhh...mmg cun, puteh gebu, manja, dan mnjd rebutan lah.. tp bila aku selidiki sejarah perkahwinan dia, aku rasa aku tau knp dia jadik camtu... dia dan laki dia asalnya hidup mewah sbb laki dia berbisnes ngn kakak dia, pastu dgr2 nya bisnes jatuh merudum, so laki dia tak kerja, bila dah tak kerja, rumah tergadai, kereta kena tarik dan mcm2 lagik arrr.. so, baru2 ni aku dgr laki dia bwk lori, dah start berjudi pulak, duit tak berkat, slalu tgk vcd blue, tak solat, tak puasa (bila sampai bulan puasa, kawan aku masak utk anak2, laki dia yg bukak periok dulu...) bila susah mcm tu dia hamburkan pd kawan aku ni... pukul dan belasah menjd mainan la... dia mengadu ngan aku 'kalau laki aku 'nak' girl, dia r*g*l jer aku ni.... ' kesian weyyyhhhh!!! anak ada 4 org, dan masa aku melawat aku kat klinik sakit jiwa ari tu, dia bkk album gamba dia, tunjuk masa2 bahgia dia... gambar anak2 dia...dia kata dia terlalu rindukan anak2 dia... ishhh, sebak sampai ke tekak wey dgr dia chite... tp bila dtg 'angin meroyan' dia tu, bila gi pejabat agama, dgn pak guard pon dia tunjuk gambar kawen dia yg bersongket bagai tuuuuu... yg terbaru, lps dia kuau klinik ari tu, pak mak dia anta dia blaik ke laki dia dng kata2 bernas 'aku kawenkan anak aku dng ko dulu elok orgnya, sempurna dan skang aku serahkan balik anak aku ni dlm apa keadaan pon dan menjd tanggungjwb ko utk menjg anak aku ni....' ntahla, aku tak blh kata apa2 sbb ini diantara mak abah dia, laki dia dan dia sendri... aku berdoa kawan aku akan kembali ok dan bahgia ngan laki dan anak2 dia... tp sbb ni bkn kali pertama dia masuk wad sakit jiwa, so, ntah la, i reserve my comment...:(
kes 3
kawan baik aku sedari aku kecil2 dulu.. belaja dan berkawin di scotland... mempunyai anak 3... suami dia bg aku amat baik.. typical org kelantan yg nampak religious... (ye ke ?!, ini pandangan aku jer ekkk) pastu laki dia dpt offer keje di spore.. so skang ni laki dia menyewa kat johore sejak dr bulan feb kot... pastu bila kawan aku nak mengikut ke johor ngan anak2, laki dia kata 'let me settle down first, carik rumah dan bila dah comfortable, i'll bring u along....' kawan aku chite yg laki dia mula jarang2 blaik, kalau mula2 dulu boleh balik every weekn, tp kali ni sampai kena call dan tanya bila nak balik.. hmmmm...
kawan aku perasan setiap kali laki dia blk, laki dia amat COLD... bila dipeluk dr belakang, no respond, bila dia mengusap2 laki dia, laki dia tepis...dia perasan kelainan ini lps 2 blan laki dia keje kat spore... until one day, kawan aku dpt panggilan dr seorang lelaki yg mengatakan dia adalah suami kpd seorg perempuan yang sedang mempunyai scandal ngan laki kwn aku ni... hmmmm, korang paham tak perasaan kawan aku ni... ?!!! suami si perempuan tau sbb bini dia dan suami kawan aku bersms dan call tgh2 mlm.. dan sms nya amat2lah meragukan.. korang paham kan ?!!! tp kawan aku sungguhla cool, dia kata pd lelaki tu, 'kalau encik pukul suami saya pun buat apa, things will turn out worse, lebih baik u bersemuka ngan wife u dan i akan bersemuka ngan hubby i...' lps tu bila laki dia balik mgu tu, kawan aku ni pon senyap2 selongkar keta laki dia tup2 jmpe gambar pompuan tu... boleh ?!! bila dia tanya, laki dia melenting!!! wahhh!!! melampau kannn?!!! kawan aku buat langkah drastic, dia dah tak pedulik masa tu, lps confront lebih kurang, die terus kuar rumah dan gi rumah mak pak dia kat sect 9... dia ckp ngan laki dia 'skang ni u jaga anak2 ni, u rasa camne i jaga anak2 masa u takda!!!' dan terus blah... hmmm puas ati dia...
baru2 ni kawan aku ni dok tpon aku tanya dia nak carik balik x bf dia ms zaman skolah dulu.. ha ?!!! aku tak boleh nak tolong la... ari tu mmg la aku ada terserempak dan borak2 sakan ngan mamat tu, tp aku takde pulak nak simpan nomor tpon dia ... aku tak teragak pon nak amek no tpon dia, pastu aku gi chtie ngan kawan aku ni, dia tak excited pon sbb masa tu laki dia ok.. tup2 last week kawan aku tanya camne dia nak contact ex bf dia ni.. dah pulokkkk!!! sorry, mek tokleh tolong!!! dah sah2 aku mmg tak tau nak carik kat mana dan aku takkan menjdkan keadaan bertambah terok... sorry kawanku!!! aku harap ko paham...
kes 4
sorang lagik kawan aku, telah bercerai dan telahpon berkawin lain... dgn laki pertama, anak 4.. laki jenis tak suka berkerja tetap... penah kerja jual ikan kat pasar, penah berniaga, penah keja macam2 tp semua tka kekal... apa masalah nya aku tak sure, dulu masa anak pertama dan kedua, dia tak berkerja sbb bekas laki tak izinkan... so, aku dan daly ada gak membantu dr segi kewangan... menitik air mata aku bila dia bercerita dia kasik baby dia minom susu pekat manis... sedey kan ? masuk anak ke 3 dia carik alternative sendri, dia mintak keje receptionist kat legal firm... alhamdullillah, ekonomi agak ok, tp still byk yg kurang... sewa rumah, duit motor semua kena langsaikan.. dia jugak la yg kuau duit, laki buat tak reti, sampai kawan aku ni berikan 2 anak dia utk dibela oleh mak mertua, sbb dia kesempitan nak bela 4 org anak at the same time...
lps kelahiran anak no. 4, dia bercerai dan alhamdullillah jodoh dia dipertemukan dgn seorg duda yg tiada zuriat stelah 8 tahun berkawen... dan bekas suami pon dah berkawin lain, tak penting aku nak chite kat sini la kan... tp yg pasti dua dr anak kawan aku tu mmg bekas suami yg jaga sbb kawan aku nak dia bertanggungjwb pd anak2, sbb dia rasa tak adil kalau dia ambil ke empat2 dan bela, nnt mmg bekas suami akan terus lps tangan!!! tp dia bercerita ngan aku, satu ari nnt dia akan ambil jugak kot, tgk pd keadaan...
kawan aku ni sejak berkawen ngan duda tu telah pon dikurniakan sepasang anak... alhamdullillah, berkat kesabaran dia kan... suami skrng amat lah baik dan org ado2 gak, dan dah dua tiga kali gak aku gi kenduri rumah dia.. ke dua2 anak nye kenduri kat masjid tanah mmg aku pegi.. suami skrg ni mmg bertanggungjwb la, pd anak2 tiri pon aku tgk ok jer... dan yg paling gumbira mesti la mak mertua kawan aku! masa aku gi kenduri anak nombor dua baru2 ni, wahhh !!! berngelip2 kaki tangan leher kawan aku ngan bb girl dia tu... masa ngan bekas laki dulu seurat brang mas pon tak bersangkut kat leher tp kali ni aku tgk bergayut2!!! hehehehehehhehe.... aku tumpang gembira bg pihak dia... even laki dia pon dah byk kali tanya aku bila nak dtg ke rumah depa kat ampang... wahhh !!! bagus la, dulu ngan bekas laki dok berpindah randah, tp ngan laki skang ni dah dok rumah sendri!!!
aku mintak maaf sekiranya ada antara korang2 yg terkecik ati ngan tulisan aku kali ni, aku cuma nak meluahkan rasa ati aku sebagai seorang wanita.... aku sedey dna geram tgk kawan2 aku teraniaya... dan doa aku pada yg MAHA KUASA, kekalkan kasih sayang aku pada suami ku, dan tetapkan hati dan perasaannya kepada aku sehingga ke akhir hayat kami... ameen...
ok, aku berenti kat sini... bila2 senang aku menulis lagik... daaaa...

Monday, August 18, 2008

BZ

salams alls,


ye le, ye le, aku tau la aku dah lama tak update blog ! aku bz dowh.. bz giler2 ni.. sebelum tu, sorry ar, gamba2 cupcakes takdpt la aku tepek kat sini, tp aku curik dr blog classmate aku, mira chumel ... patu aku nak cite caca marba.. apa yg terlintas dlm pale, aku nak chite.. dah berkepuk lama dlm pale ni, skang ni aku nak kuaukan semua... ahaksss!





















pd 08/08/2008 aku gi dating ngan maria .. gi the curve... we all makan kat ayam penyet, vavava.. sungguh la sedap ... aku makan lelauk jer, since aku kan tgh diet giler2 ni... pastu lps gi beli barang2 skit, maria belikan baju utk nurin dan jajie sedondon gitu.. sooo cute, nnt aku tepek gambo jajie pakai baju yg diberikan oleh maria, btw, thanks maria for the baju... lps dah soping lite2, we all lepark kat paddington pancakes pulok... vavava skali lagi.. yummilicious!!!! sodap...ni gambo2 nye dgn ehsan dr blog maria.. hehehehe



my pancakes... puas makan woiii, banana, ice cream + walnut... tak abes pon, maria yg abeskan.. n mocha latte... siap ada heart lagik!

maria makan pancakes with peaches, honey n banana...






lps tu we all pon gerak balik... ari yg sungguh best, makan best, sopping pon best... aku tak sopping apa pon, tp sbb jajie dpt adiah baju dr maria, aku sungguh la appy.. hiks !!!

last friday - 15/08/2008, aku gi jmpe doc zamri... jmpe dia sbb aku dah sebulan lebih tak peyet, tp aku tau aku tak peknen, sbb aku dah main air kencing... hiks ! but, the gud news is, berat aku dah turun 6kg... masa last appt aku jmpe dia berat aku 72kg (bln may) ... skang ni dah 66kg ... alhamdullillah... aku makan reductil + metformin yg dibekalkan oleh doc, tp seblum jmpe dia last friday, aku dah lama tak makan reductil, aku jaga pemakanan sendri, since aku takut la aku peknen kan... tup2 tgk tak peknen, so now aku continue makan reductil balik... aku nak turun sampai 60kg by raya... hehehheheheh... aku tak makan nasik tau, aku makan nasik sekali je dlm seminggu, itupon dlm kuantiti yg sedikit, then aku makan roti wholemeal + biskut cream crackers sajorkkk... tp weekn adalah ari makan sedonia.. mana boleh tahan kan...

lps jumpe doc zamri, dlm pukul 11 lebih, aku + ptam, angah satu family dan along satu family balik taiping... yesss! aku soker... rasa cam best je blaik taiping! sebenarnya balik taiping takde tujuan tp sbb abg2 n kakak2 ipau nak gi berubat resdong, aku pon nak la buat sama... mlm tu we all tdo kat lagenda otel... bsknya gi lepark rumah mak njang aku... lunch kat sana, ptg tu jenjln kat bandar taiping... wahhhh!!! barang2 kat taiping murs2 la noks! best giler !!! pastu makan mee rebus kat pasar taiping... takda la sedap mana, tp sbb semua nak lepark minom situ, aku okeh jer.. lps makan baru nmpak ada 2-3 eko tikus besar2 anak kucen'.. perghhhh... kembang tekak aku.. sungguh la terasa mee rebus tu amat tak sedap kat tekak aku nih! lps abes makan mee rebus, we all grak gi pasar malam kamunting... perggghhhh! mmg best, aku ngan mak aku soping ulaman2, tempoyak, ikan pekasam, jerok petai, keladi..... semua2 tu dlm rm35 jer... best best... mlm tu gak we all gi nite safari taiping... dewasa 11 org dan 9 kanak2 cuma RM27 sajork!!! sbbnya pakteh aku nye cable la... hiks! pakteh aku mmg org yg dikenali di taiping nun.. heheheh ... we all tak jalan kaki dlm zoo, tp naik train... nak tgu train je dlm sejam setengah, org pnye la ramai sbb dah sah2 coti skolah kan...abis naik train gedebak gedebuk balik ke rumah mak njang for dinner + makan doyan... masa ni dah pukul 11.30 pm.. gigih dak ? tp doyan nye tak brapa best, sbb buah dah ujung2 musim... tp dah nama doyan kan, blasah jer!!! ttp sedap pd tekak aku...

we all intend nak tdo satu mlm lagik dan balik ari ahad, tp sbb tak book otel, dah la semua otel fully booked, gagah ni 3 buah keta blaik dr taiping pkul 12.30 tengah malam... ptam drive sorang dr taiping, aku dok sebelah tlong melayan dia dan melayan mata.. ahaks... dlm pada dia pesan pd aku jgn tido, tapi terlayang gak la 2-3X, pastu bila terjaga, aku ckp ngan dia 'abg perasan tak ayg tertido?' ...di jawab 'perasan....' aku menunggu ngn mengharap dia soh je aku sambung lelap, tapi dia tak pulak suruh... nak ilang ngantuk, aku layan la dia gosip2 kat taiping, sambil kunyah kacang rebus, cheezels, minom nescafe... missb mmg lelap la kat blakang ngan ummu ngan jajie...byk X gak la brenti, kat tapah, kat sg perak.. sbb miss b nak terceret la, angah nak pekena tongkat ali la, ptam nak ngeteh la... we reached shalam at 5.00 am... layan2 mata nak nunggu subuh, aleh2 tertdo gak!, ptam kejut aku 7.00 am soh solat subuh.. subuh gajah namanya tu.. hiks!!! tengahari skit, aku ngan ptam gi giant shalam... nampak weight machine, aku takut nak timbang, sbb gaya pemakanan yg agak melampau masa kat taiping kan? dan mmg aku tak control lgsung ni!!! dlm pd takut tgk machine tu tp aku naik gak la timbang.. nak tau brapa berat aku slps satu setengah ari kat taiping? tu diaaaaa haihhhh, dia naik mencanak2 nihhhhh - 67 kilo setengah !!!! .... perggghhhh, dlm masa tak sampai 2 ari aku naik satu setengah kilo, ko adoooo ?!!!! sungguh frust disitu!!!

ok, dah la tu ek... ni mau semggu dua lagik br aku hapdet ni!!! daaa....

Tuesday, August 5, 2008

ku, diriku dan aku


salam alls...


sorry, aku tokleh nak post gambar2 cupcakes, sbb masalah2 teknikal yg tokleh dielakkan... bsk je la ek?!! sooo cantik dan cedap... aku oder dua jenis, satu choc dan satu lagik buttercream... bsk je la kowang view ek?!

btw, thanks for all the wishes thru mails, calls, msges... dan satu n3 khas dari missb membuatkan aku betul2 terharu.. kitowang ni bkn apa, syg mmg syg tp tak penah tunjuk... care mmg care, tp slalunya tak pernah terluah dgn kata2... mcm tak syg tp sebenarnya syg weyyy!!! dia la satu2 nya adik pompuan aku kan? igt lagik masa dia nak gi uitm seri iskandar sbb dpt mengajar kat situ, sebelum bertolak tu masa salam + peluk dia, aku org paling byk nangis kot...

dia byk memberikan aku nasehat walaopon dia tak brapa nak btul, tp yg pelik nya tu, nasehat dia tu logic ar.. dan sometimes aku rasa dia lebih matang dr aku yg bertahun2 lagik tua dr dia.. cara dia nasehatkan aku tu make sense la, sbb tu aku rasa dia boleh jadik consultant tak bertauliah aku!!! dia mmg good listener dan dia boleh bagi ideas yg kdg2 tak tercapai akalku, atau mmg aku yg sengal bab2 berpk ni... buttttt, kdg2 dia pon slenga + sengal gak... masalah dia ngan bf dia yg tak setel2 tu... naik rimas aku ngan mak aku nasehat kan dia plak, tp tak jalannnnn!!! apa2 pon, aku harap dia dpt jalani hidup ini dng baik dan mendpt jodoh yg bersesuaian ngan dia.. ameen...

korang igt tak aku nak chite psl masalah aku + study ku? ok, kowang semua buat penelitian skit ek ? ini jadual aku - 7.30 am - gi keje (jajie lom bangun tdo time nih) - 6.00 pm - 10.00 pm (gi class kat uitm) 10.15 pm - sampai rumah, main2 ngn jajie atau kadang2 mood aku lari sbb pk esemen + ngantuk + letih + migrain yg kadang2 menyerang.... jajie tdo dlm pukul 11.30 pm kdg sampai 12.30 midnite... kalau dia tak tdo2 dlm pukul 12.00 mlm tu mula la aku hangen kan, kata sakit pale semua ni, mula la aku naik darah dan nak marah dia, dia as a growing child, mula la rebellious....

ada satu ari tu, aku balik class dlm pukul 10.00 lebih, rerupanya dia baru bgun tdo, sbb spjg siang dia tak tdo, nak maghrib baru die lelap sudah nya pukul 9.00 pm dia baru bangun... agak2 ? takke pukul 10.00 pm dgn aku yg letih, sakit pala, nak mandi + solat semua dia buat hal... aku septt nya paham la kan, dia baru je bangun tdo, takkan pukul 11 camtu dah ngantuk balik kan... kebetulan plak, ptam takda mlm tu, ptam balik AG, dan membuatkan aku sedey sgt sbb dlm pukul 12.00 lebih, aku dah tak larat nak agkat mata ni, aku gelapkan bilik (kalau bkk lampu mula la dia carik pintu nak kuau la, dia gi bkk tv la, dia nak blaja alipbata la... ) sambil tangan aku tepuk2 badan dia... dia boleh TOLAK tangan aku!!! then aku tanya dia,

mama : jajie, knp jajie takmo mama tepuk, jajie kan suka mama tepok masa tido ?

jajie : jajie takmo mama tepok, jajie nak kakak (maid) je tepok jajie.. (for info, aku tak penah kasik jajie tdo ngan maid bila malam atau cuti, siang2 tu lain la kan, mmg maid je yg tidokan dia !)

mama : knp pulak ? mama kan mama jajie ? (hati aku masa ni sedey giler beb)

jajie : jajie takmo tdo ngan mama, jajie nak tdo ngan kakak, jajie nak tdo kat bawah, mama anta jajie kat kakak la... mama work, mama skool jer!!! (weyyy, tersentap aku masa ni!!!)

mama : jajie, ini mama jajie tau, mama work sbb nak belikan jajie baju, belikan jajie puzzle ngan toys, mama nak beli susu, diapers jajie semua, tak work camne nak beli? (masa ni sebak giler ni, missb dtg to the rescue ! )

jajie : nnt mama belikan jajie shoes ?

mama : haaa.. nak belikan shoes jajie lagikkkkk... (huwaaaa, aku rasa sedey giler ni..!!!! )

Achu : jajie, sian kat mama tau, ini mama jajie kan, jajie dulu baby dok dlm perut mama, kita semua ada satu mama je, tu wan tu mama achu, nenek kat kampung Alor gajah tu mama babah... semua org ada satu je mama kan, kalau jajie takmo mama jajie ni, kalua jajie nak tdo ngan kakak ummu, nnt achu kasik mama jajie kt org takda mama... camne ?

jajie : nnt jajie pon gi work la mama, jajie pon nak gi skool la (apa yg aku paham kat sini, maksud dia, kalau mama gi work boleh dpt/ beli semua2 tu semua, knp tak dia je gi work utk belikan semua2 benda tu... kowang paham tak perasaan aku?!!!)

achu : (whispering) girl, dia rebellious ni... she needs ur attention!

mama : i know, i just cant help it... aku sedey gile dowhhhhh...

masa ni jajie telangkupkan badan kat lantai, tangan kat kepala, sambil ckp 'jajie nak kakak ummu, jajie nak kakak ummu....'

achu : jom jom meh kat achu, kita tgk2 computer kat bilik... sian mama, kasik mama rest, mama sakit pala...

aku dok diam2 sambil melayan sakit pala .. dlm semenet dua je, jajie masuk bilik balik.. aku peluk dia, aku ckp ngan dia, 'mama sayangggg jajie tau... bsk mama gi work, pastu mama nak gi skool kan... kita tdo okkk?'

jajie : mama, jajie nak babah...

mama : ok, kita call babah..

pastu berlaku la conversation antara dia ngn babah dia, yg aku dgr cuma 'blom babah, jajie tak ngantuk pon, mama nak work kan babah?, jajie rinnndduuuu babah tau, nnt babah kan, ok babah,... jajie pon sayang babah...'

aku pon amek tpon, aku kata bsk je aku chite, mls nak chite pjg memalam buta tu kan... aleh2 jajie terlelap gak pukul 1.30 pagi... hmmmm.. aduhai anak mama!!!

nx day - aku terus tpon ptam pepagi, aku ckp ngan dia 'abg, i tak tau apa yg i nak lagik..., mgkin ini bkn masa yg sesway, sbb she needs our attention... i cuma dpt cuddle dia hardly 1-2 hrs daily... and u ? u cuma jmpe dia 3 ari camtu dlm seminggu... kita terpk tak menda ni dulu bang ?!... mgkin kalua u ada kat sini sentiasa, masalah ni mgkin tak mcm ni, atleast bila i gi skool mlm, u ada ngan dia kan ?!!! tp i pk blaik, kenapa org lain boleh buat, why not me kan ? knp la i tak buat keputusan nak blaja masa belum dpt jajie ? knp i nak korban masa yg berharga dgn dia skang ? i sedey giler ni!!! dia takmo tdo ngan i dah... !!! (aku terus meleleh2 menangis ms ni ngan ptam.... ) i rasa i tak boleh terima bila dia nak tdo ngan ummu!!! ye lah, celik mata pepagi dia nmpk ummu, mlm jumpe i dlm 2 jam dah tdo... i rasa i tak boleh bawak dah menda ni... (masa ni drama ni... yela nak dptkan jajie dulu pnya susah kan.. tu yg sedey sgt tu... )

ptam : yang..., apa je keputusan yg u buat, abg tetap ada di belakang u... nnt kita bincang sesama solution nya ok? kalau u nak quit pon abang ok... btul jugak tu, sian kat anak...

ggirl : ok, i igt nak abeskan sem ni, i'l seat for the exam and see how... bang, pls give me ur support, k?

ptam : insya allah... sampai bila2 pon... (terharu terharu.... )

pastu, aku tgk ada miss called dr hp aku, tgk2 hp ummu... aku tpon dia.. dia kata 'kakak, adek mau cakap sama kakak, kakak tipon ummu balik yaaa?'

mama : hellooo

jajie : hello mama... mama, jajie sayanggg mama tau?!!

mama : (eehhh... ngape tetiba je ni?) ye sayang mama, mama pon sayanggg jajie ok ?!

jajie : ok mama... (dgr sore ummu kat background - kak, dia rasa bersalah sama kakak agaknya, pepagi dia bangun tdo, sudah carik kakak, mau cakap sama kakak...)

ok, kalau kowang dlm kasut aku, apa yg akan kowang rasa dan apa yg akan kowang akan buat ? redah je ke ha ? tolong la kawan2, aku memerlukan sokongan korang semua... tq sayang2ku sekelian....

Monday, August 4, 2008

33rd years of life !!!


salamsss..


wah wah wah... bersawang dah ini blog!!! pye lama tak masuk blog sendri, dan aku akui aku dah lama tak masuk blog org lain.. blog favourites semua aku tak jengok, aku dah rindu nak baca blog tina, peej, nonoy, ceera, VP, maria, fealize, EJ and the list goes on... kerja2 yg menimbun pon dah hampir settle.. cuma tinggal satu report je lagik nak abes, itupon tinggal checking and approve by managers aku jer..


ok, btw, ari ni, 05/08/2008 genap la umur aku 33 tahun... mlm tadik aku balik class, tak sempat nak tunggu pukul 12.00 tghmlm, ptam dah kasik aku perfume.. wah wah wah!!! dia kasik burberry brit... bau brit agak keras dan so not me... bila dah bukak kotak semua bila aku dah sembur, soklan pertama kuau dr mulot aku 'bang, ayang rasa ni perfume lelaki la...' sbb aku ske perfume yg lembut dan feminine... dan aku rasa dia pon tau taste aku.. tp sbb perfume ni dia pesan ngan pakbusu (adik dia yg keje as a pilot kat etihad airways...) beli kat airport, so, aku rasa ini mgkin taste pakbusu la kot.. hahahahahha.. dan bila ptam bau perfume tu kat aku, dia pon kta 'this is sooo not u...' SEEE... kan betul, dia pon tau bau2an aku camna... tp takper, syukur alhamdullillah, dan dia pon janji, nnt pegi beli perfume yg akan aku pilih sendri dan favorite aku ttp burberry classic, CD dolce vita, issey miyaki.. ketiga2 perfumes ni aku dah beli berkali2 dan dah sebati ngan diri aku, aleh2 dia soh pakbusu beli burberry brit, nak kelainan la tu kottt dan tak kena ngan ngan scent aku ... apa2 pon.. TQ abang cayang...
















chite psl perfumekan, boss aku mmg ske kasik perfume as a bday gift kat aku... dan dia slalu bagik lmbt skit, bkn exactly on the day itself... dia akan kasik bila tgh bulan aug. atau bila2 dia blaik dr overc... dan dlm note dia mesti tulis happy blated bday.. heheheh... stakat ni yg dia dah bagik, oh! de moschino, YSL roses des verges, Dior Addict Shine, Dior Star, Dior me dior me not... tu je la kot seigt aku.. nampak tak atas meja kat opis aku tu ? ada escada island kiss (beli sendri), ada botol issey (tak igt sapa bagik), ada guerlain Linstant (dpt free menang peraduan), ada dolce vita (ex bf bagik dulu2... ahaks), dan ada versace (ptam kasik masa berchenta....).. sorry ar, gambar blur, amek dr hp jer tadik tu...

aku ada oder cupcakes daripada http://cupcakemagic101.blogspot.com/ utk classmates aku ptg ni... aku oder sorang satu with his/ her name written on the cake... tak sabar nak tgk ni... hafez ni officemate bayne, so ptg ni bayne bwk balik cakes pastu anta ke class aku... aku kasik skali dadih sorang 2.. heheheheh.. boleh tak? cup cakes ngan dadih je dowang dpt... ngeh ngeh ngeh!!!
ok la kan... aku tak celebrate pon, tp saja je nak kasik kat depa... nnt aku snap gambar dan aku post besok je gambo cupcakes nya yer? dan sapa2 yg berminat nak hubungi hafez, sila click kat link di atas.. nnt aku kasik review bsk...

jajie pon mlm tadik lps abah dia kasik perfume kat aku, dah nyanyikan lagu utk aku! terharu mek... tq sayangku...
harapan aku, tahun ni aku dpt berita gumbira yg ditunggu2 iaitu pregnant again.. kowang2 semua yg kuchentai, tolong doakan aku ek... bye darlingss...