Tuesday, August 19, 2008

A.K.U W.A.N.I.T.A

Salams alls,
ada diantara kawan2 aku masih bergelar anak dara dan most of kawan2 aku bergelar isteri dan ada juga diantara kawan2 aku bergelar JANDA skrang... di umur yg masih muda, gelaran JANDA bagi mereka adalah satu yg memeritkan... terpaksa menanggung anak2 yg masih kecil... bekas suami lepas tangan dan ada yg terus menghilangkan diri... KEJAM dan KEJI sungguh!!!
Kes 1
best friend aku sejak aku berumur 9 tahun... aku syg dia, terlalu syg sebagai seorng kawan... kami membesar bersama2, sbb tu bila mndpt tau yg dia ditinggalkan lalu diceraikan, aku menangis dengan dia dlm tpon...dia cuma email aku sbb dia tiada kekuatan untuk berbicara dlm tpon... bila abes bc email tu, terus aku called, dan ayt pertama yg kuau dr mulut dia 'knp ko call aku girl, jgn call, sbb aku tak boleh bercerita, nnt aku menangis...' aku katakan 'takper, aku sentiasa ada disini utk mendgr, kalau nak nangis, aku sentiasa ada untuk menangis bersama2...' then bercerita la dia bahawa sisuami telah berminggu tak balik, telah punya perempuan yg lebih disayangi dan sisuami tadi berterus terang mengatakan dia tidak lagik menyayangi kawan aku nih... KEJAM!!! ayat yg paling tak bleh blah dr lelaki itu 'buat apa i blik kalau jasad i cuma disini tapi hati i ditempat lain?!' sungguh KEJI!!! aku terlalu kenal lelaki itu, sbb itu aku tak boleh terima dia buat kawan aku camtu... anak2 yang menjd mangsa sehingga anak sulung pernah mengunci diri didlm keta bersama adik yg berumur 1 tahun... kejat2 si adek menangis tp si kakak buat tak peduli, sbb daddy lupa tarikh lahir dan tak call utk wish dia... merintih ati aku mendgr si emak bercerita ttg anak2 dia pd aku!!! pd aku bekas suami dia ZALIM!!! dah la tak jenguk anak, tarikh bday anak pon telah dilupakan!!! sampai ati!!! apa lagik perkataan yg nak aku hamburkan buat lelaki spt itu ?!!! ntah la...
dan kawan aku bercerita minggu lps dia telah berjmpa dengan perempuan yg digila2kan oleh bekas suami dia ni dan perempuan tu dengan tak malunya ckp yg dia bkn la punca penceraian kawan aku ni... SIYAL la... perempuan ni dtg ngan bekas suami kawan aku tau, dtg ke rumah semata2 nak ambil barang2 peninggalan bekas suami kawan aku ni... boleh pulak kan, nak ambil harta2 dia kat rumah kawan aku ni... geram gila aku dgr!!! my dearest friend, aku tau ko kuat, dan aku tetap harap ko tabah hadapi dugaan ALLAH ini... sesungguhnya ALLAH menduga ko, kerana DIA akan memberi yg lebih baik dlm kehidupan ko nnt... insya allah..
Kes 2
kawan aku ni masih bergelar isteri tp malangnya dia telah beberapa kali kluar masuk hospital sakit jiwa... kerana apa ? kerana laki dia telah beberapa kali menanamkan perkataan 'ko gila!!' dlm kepala kawan aku ni... kesian kan?.... aku pernah melawat dia di UH dan aku penah melawat dia di klinik psikiatri di klang... dua2 kali lawatan ini aku bwk jajie sbb dia call aku 'girl, tolg bwk anak ko, aku terlalu rindukan anak2 aku.... ' kawan aku ni nmpak cam sehat, tp bila ko stat berckp ngan dia, timbulla bunga2 ayat dia yg menampakkan yg dia 'sakit'...
pernah laki dia kuncikan dia dlm toilet dan bila kawan aku menjerit2 minta dibukakan pintu, laki dia kata 'aku takkan bukk pintu, sbb ko gila!!! dan yg sadis nya, dia tak kasik langsung anak2 berckp ngan mama ni, sbb mama ni perempuan gila...so, bila kawan aku dpt kuau dr toilet atas pertolongan jiran yg dtg, kawan aku ni berjln dr rumah dia kat putra heights sampai kat rumah mak dia di seksyen 24 shalam pukul 5.00 am!!! percaya tak ? masa tu dia tak pk apa2 dah, dia berjalan dlm gelap, bila aku tanye dia kate, dia tak teringat apa2 pon, sbb dia pk nak lari je dr laki dia!!!
sebenarnya kawan aku ni masa anak dara dulu, perggghhhh...mmg cun, puteh gebu, manja, dan mnjd rebutan lah.. tp bila aku selidiki sejarah perkahwinan dia, aku rasa aku tau knp dia jadik camtu... dia dan laki dia asalnya hidup mewah sbb laki dia berbisnes ngn kakak dia, pastu dgr2 nya bisnes jatuh merudum, so laki dia tak kerja, bila dah tak kerja, rumah tergadai, kereta kena tarik dan mcm2 lagik arrr.. so, baru2 ni aku dgr laki dia bwk lori, dah start berjudi pulak, duit tak berkat, slalu tgk vcd blue, tak solat, tak puasa (bila sampai bulan puasa, kawan aku masak utk anak2, laki dia yg bukak periok dulu...) bila susah mcm tu dia hamburkan pd kawan aku ni... pukul dan belasah menjd mainan la... dia mengadu ngan aku 'kalau laki aku 'nak' girl, dia r*g*l jer aku ni.... ' kesian weyyyhhhh!!! anak ada 4 org, dan masa aku melawat aku kat klinik sakit jiwa ari tu, dia bkk album gamba dia, tunjuk masa2 bahgia dia... gambar anak2 dia...dia kata dia terlalu rindukan anak2 dia... ishhh, sebak sampai ke tekak wey dgr dia chite... tp bila dtg 'angin meroyan' dia tu, bila gi pejabat agama, dgn pak guard pon dia tunjuk gambar kawen dia yg bersongket bagai tuuuuu... yg terbaru, lps dia kuau klinik ari tu, pak mak dia anta dia blaik ke laki dia dng kata2 bernas 'aku kawenkan anak aku dng ko dulu elok orgnya, sempurna dan skang aku serahkan balik anak aku ni dlm apa keadaan pon dan menjd tanggungjwb ko utk menjg anak aku ni....' ntahla, aku tak blh kata apa2 sbb ini diantara mak abah dia, laki dia dan dia sendri... aku berdoa kawan aku akan kembali ok dan bahgia ngan laki dan anak2 dia... tp sbb ni bkn kali pertama dia masuk wad sakit jiwa, so, ntah la, i reserve my comment...:(
kes 3
kawan baik aku sedari aku kecil2 dulu.. belaja dan berkawin di scotland... mempunyai anak 3... suami dia bg aku amat baik.. typical org kelantan yg nampak religious... (ye ke ?!, ini pandangan aku jer ekkk) pastu laki dia dpt offer keje di spore.. so skang ni laki dia menyewa kat johore sejak dr bulan feb kot... pastu bila kawan aku nak mengikut ke johor ngan anak2, laki dia kata 'let me settle down first, carik rumah dan bila dah comfortable, i'll bring u along....' kawan aku chite yg laki dia mula jarang2 blaik, kalau mula2 dulu boleh balik every weekn, tp kali ni sampai kena call dan tanya bila nak balik.. hmmmm...
kawan aku perasan setiap kali laki dia blk, laki dia amat COLD... bila dipeluk dr belakang, no respond, bila dia mengusap2 laki dia, laki dia tepis...dia perasan kelainan ini lps 2 blan laki dia keje kat spore... until one day, kawan aku dpt panggilan dr seorang lelaki yg mengatakan dia adalah suami kpd seorg perempuan yang sedang mempunyai scandal ngan laki kwn aku ni... hmmmm, korang paham tak perasaan kawan aku ni... ?!!! suami si perempuan tau sbb bini dia dan suami kawan aku bersms dan call tgh2 mlm.. dan sms nya amat2lah meragukan.. korang paham kan ?!!! tp kawan aku sungguhla cool, dia kata pd lelaki tu, 'kalau encik pukul suami saya pun buat apa, things will turn out worse, lebih baik u bersemuka ngan wife u dan i akan bersemuka ngan hubby i...' lps tu bila laki dia balik mgu tu, kawan aku ni pon senyap2 selongkar keta laki dia tup2 jmpe gambar pompuan tu... boleh ?!! bila dia tanya, laki dia melenting!!! wahhh!!! melampau kannn?!!! kawan aku buat langkah drastic, dia dah tak pedulik masa tu, lps confront lebih kurang, die terus kuar rumah dan gi rumah mak pak dia kat sect 9... dia ckp ngan laki dia 'skang ni u jaga anak2 ni, u rasa camne i jaga anak2 masa u takda!!!' dan terus blah... hmmm puas ati dia...
baru2 ni kawan aku ni dok tpon aku tanya dia nak carik balik x bf dia ms zaman skolah dulu.. ha ?!!! aku tak boleh nak tolong la... ari tu mmg la aku ada terserempak dan borak2 sakan ngan mamat tu, tp aku takde pulak nak simpan nomor tpon dia ... aku tak teragak pon nak amek no tpon dia, pastu aku gi chtie ngan kawan aku ni, dia tak excited pon sbb masa tu laki dia ok.. tup2 last week kawan aku tanya camne dia nak contact ex bf dia ni.. dah pulokkkk!!! sorry, mek tokleh tolong!!! dah sah2 aku mmg tak tau nak carik kat mana dan aku takkan menjdkan keadaan bertambah terok... sorry kawanku!!! aku harap ko paham...
kes 4
sorang lagik kawan aku, telah bercerai dan telahpon berkawin lain... dgn laki pertama, anak 4.. laki jenis tak suka berkerja tetap... penah kerja jual ikan kat pasar, penah berniaga, penah keja macam2 tp semua tka kekal... apa masalah nya aku tak sure, dulu masa anak pertama dan kedua, dia tak berkerja sbb bekas laki tak izinkan... so, aku dan daly ada gak membantu dr segi kewangan... menitik air mata aku bila dia bercerita dia kasik baby dia minom susu pekat manis... sedey kan ? masuk anak ke 3 dia carik alternative sendri, dia mintak keje receptionist kat legal firm... alhamdullillah, ekonomi agak ok, tp still byk yg kurang... sewa rumah, duit motor semua kena langsaikan.. dia jugak la yg kuau duit, laki buat tak reti, sampai kawan aku ni berikan 2 anak dia utk dibela oleh mak mertua, sbb dia kesempitan nak bela 4 org anak at the same time...
lps kelahiran anak no. 4, dia bercerai dan alhamdullillah jodoh dia dipertemukan dgn seorg duda yg tiada zuriat stelah 8 tahun berkawen... dan bekas suami pon dah berkawin lain, tak penting aku nak chite kat sini la kan... tp yg pasti dua dr anak kawan aku tu mmg bekas suami yg jaga sbb kawan aku nak dia bertanggungjwb pd anak2, sbb dia rasa tak adil kalau dia ambil ke empat2 dan bela, nnt mmg bekas suami akan terus lps tangan!!! tp dia bercerita ngan aku, satu ari nnt dia akan ambil jugak kot, tgk pd keadaan...
kawan aku ni sejak berkawen ngan duda tu telah pon dikurniakan sepasang anak... alhamdullillah, berkat kesabaran dia kan... suami skrng amat lah baik dan org ado2 gak, dan dah dua tiga kali gak aku gi kenduri rumah dia.. ke dua2 anak nye kenduri kat masjid tanah mmg aku pegi.. suami skrg ni mmg bertanggungjwb la, pd anak2 tiri pon aku tgk ok jer... dan yg paling gumbira mesti la mak mertua kawan aku! masa aku gi kenduri anak nombor dua baru2 ni, wahhh !!! berngelip2 kaki tangan leher kawan aku ngan bb girl dia tu... masa ngan bekas laki dulu seurat brang mas pon tak bersangkut kat leher tp kali ni aku tgk bergayut2!!! hehehehehehhehe.... aku tumpang gembira bg pihak dia... even laki dia pon dah byk kali tanya aku bila nak dtg ke rumah depa kat ampang... wahhh !!! bagus la, dulu ngan bekas laki dok berpindah randah, tp ngan laki skang ni dah dok rumah sendri!!!
aku mintak maaf sekiranya ada antara korang2 yg terkecik ati ngan tulisan aku kali ni, aku cuma nak meluahkan rasa ati aku sebagai seorang wanita.... aku sedey dna geram tgk kawan2 aku teraniaya... dan doa aku pada yg MAHA KUASA, kekalkan kasih sayang aku pada suami ku, dan tetapkan hati dan perasaannya kepada aku sehingga ke akhir hayat kami... ameen...
ok, aku berenti kat sini... bila2 senang aku menulis lagik... daaaa...

7 cotcet kosong:

Oh! Jasmine said...

Nak nitik ayo mata aku baca kisah kawan2 ko atam.. dan betapa aku sangat bersyukur mempunyai suami yang bertanggungjawab dan baik even kadangkala 'sound mengound tetap ado'

Tapi iye at least aku bersyukur coz ramai pompuan di luar sana yang bergelar isteri dan ibu yang hidup terseksa...semoga berkekalan la laki aku dengan kebaikannya..amin..

-Red mama jasmine

Ratnasari said...

cerita nih buat aku insaf sesangat... semoga Allah melindungi keluargaku

MamaJajie said...

red,

mmg sedey red... aku minta dijauhkan oleh ALLAH samada aku teraniaya atau aku yg menganiaya... kisah kawan2 aku ni boleh dijadikan panduan dan aku juga tetap berdoa dowang semua tabah...

anith,

aku panjatkan doa aku semoga ALLAH memelihara kau dan keluarga ko... aku tau ko kuat!!! insya allah!!!

MaMi A said...

kaumm wanita..
ciptaan istimewaaa...

eh camna tah lirik sheila majid tu.. lupe da..sambung jap tamm..

cikliah said...

Membaca ceritamu menginsafkan aku. Moga aku lebih menjadi isteri yang solehah dan bersyukur... Amin...

Angel On My Bike said...

ntah aku plak jadi paranoid semacam nak kawin bila dgr cite runup ni...harap2 Allah melindungi la para isteri2 ni..syaitan da berleluasa.. fuhh..

Dari Hati said...

kak..
selalu saya tanya pada diri..
kenapa lelaki sellaunya kejam bila mereka dah tak cinta?
Mengapa diaorang mudah lupa pada janji?
Kenapa kerana salah yang sedikit diaorang nak besarkan?Sedangkan salah mereka,tetap jugak mereka salahkan perempuan?
Kenapa diaorang tak ingat kenangan lalu?
Kenapa diaorang buat saya menangis dan hilang hidup?
saya selalu tanya soalan tu bila hati saya pedih sgt.
Perempuan biasa tak mintak ape pon,sanggup golok gadai pada lelaki yang mereka sayang..
tp mereka lebih rela buang & hina perempuan yang mereka pernaah ckp diorang sayang..

saya faham situasi kwn2 akak tu.Salah perempuan saje ke tak beri mereka bahagia?sedangkan sentisa sakitkan hati kita?..